Dah lama tak menulisss ..
banyak sebenarnya yang ada dalam kepala... tapi tak tau camana nak mula....
Pernah tak rasa cam bila kita ikhlas ttg sesuatu macam bila kita sayangkan seseorang dengan sepenuhh hati tapi rasa cam dia tak sama sayang dan hargai kita sebanyak mana kita sayang dan hargai dia....?
Pernah tak rasa ... bila kita terima sesuatu atau seseorang seadanya baik kelebihan atau kekurangan "Dia' tapi mungkin dia rasa kita tak cukup baikkk untuk dia ...?
Manusia memang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..... manusia sentiasa nak lebih dari yang diberi.... selagi manusia bergelar manusia....
Pernah aku terfikir... kalau seseorang buat kesalahan kat aku ... aku nak balas balik dan buat dia rasa camana aku rasa .... yelaaaa kan aku manusia biasa... tapi berbaloi kerrr ???? sebab aku lebih baik dari dia...
aku tak sama macam dia dan yang penting aku taknak jadi macam dia ......
Tapi aku percaya hari ini aku ada sebab kukuh untuk pertahankan apa saja yang aku rasa...
Aku tak pandai nak luahkan rasa ... aku tak pandai nak bercerita... biasanya aku tak berjaya sampaikan 50% pun yang aku rasa bila aku berkata2 tapi alhamdulillah hari nihhh aku dah dapat semula cara nak luah kan segala...
rasa lapang skit dalam dada.....
memang suatu masa dulu ini jerr caranya nak berkata2 nak cerita kat siapa yang kita bolehh percaya...?? atau orang lain pun ada 1000 satu rasa dalam dada masing2 tak ada masa nak dengar cerita kita..
"Tuhan kau berikan aku kekuatan... kau berikan aku petunjuk untuk mendepani segala ranjau kehidupan... kadang2 setabah mana pun hati tergoyah jua... kadang2 sekukuh manapun keyakinan bergoncang juga...
Ya Allah Ya Rabbi .... mungkin kesakitan nihhhh kerana dosa aku yang kadang2 terlalai dan alpa dalam mengingatimu... Bukan hak aku meminta untuk tidak diuji tapi tolonglaah hambamu untuk memperkuatkan hati dan memperkukuhkan keimanan dalam menghadapi ujian dan dugaanmu Ya Allah